Kasih Sejati sebagai satu jenama melambangkan usaha berterusan untuk memperkukuhkan dan memperkayakan hubungan di antara orang-orang yang tersayang dalam sesebuah keluarga, iaitu di antara atau di kalangan
- Suami & Isteri
- Ayah & Ibu
- Ibubapa & Anak-Anak
- Adik-beradik
- Datuk & Nenek beserta cucu-cucunya

Kasih Sejati juga merangkumi kasih kepada diri sendiri sebagai asas untuk menjalin hubungan dengan insan lain dan mengasihi mereka, terutama di kalangan anggota keluarga sendiri. Hubungan kekeluargaan amat penting untuk dibentuk dan dipupuk dengan baik kerana baik keluarga, baiklah juga Negara.
Dan setentunya juga, Kasih Sejati meliputi juga aspek-aspek hubungan di antara makhluq dan Khaliqnya yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Insan beriman dan bertaqwa membawa faedah kepada orang lain.
Dengan itu, Misi utama Kasih Sejati adalah menggalakkan lebih ramai lagi insan Mukmin yang menjadi penyumbang kepada alam, dan bukan setakat penumpang atau lebih buruk lagi sebagai penumbang ekologi kehidupan.
Diharapkan setiap jiwa yang melalui program-program Kasih Sejati di pelbagai peringkat menjadi insan berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negara dan alam sejagat, dan menjadi abid yang diredhaiNya serta mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Inilah Visi Kasih Sejati.
Program dan Perkhidmatan Kasih Sejati
Kasih Sejati bukanlah setakat program mempersiap bakal pasangan suami-isteri untuk bernikah dan mendirikan rumahtangga. Kasih Sejati mempersembahkan program-program pembangunan dan pendidikan untuk golongan-golongan berikut:
- Para bakal pasangan suami-isteri (Daftar di sini untuk Kursus Rumahtangga)
- Para pasangan suami-isteri baru mahupun mapan
- Para ayah dan ibu
- Para remaja dan pra-remaja
- Para datuk dan nenek