Bagi para isteri, ingatlah, di antara cabaran berumahtangga yang paling besar adalah ibu mentua.
Bagi para suami, di antara cabaran yang besar adalah hubungan di antara isteri dengan ibu sendiri.
Ini bukan kes telan mati emak, buang mati bapak….
….Ini kes isteri dan emak bergasak!
Bukan pasal nak buang atau telan sesiapa pun…
…Ini pasal macamana nak tangani hubungan di antara ibu mentua dan menantu perempuannya.
Apa caranya?
Pakai 4 Jaga…
…Jaga Telinga,
…Jaga Mulut,
…Jaga Mata,
…Jaga Hati.
Dan kemudian, Pakai Akal untuk jaga 4 Jaga ini.
Jaga Telinga: Mentua tu, biasalah, dia tentu nak kita dengar cakap dia. Biarlah dia bercakap. Kita dengarlah. Mana yang baik, kita pakailah. Mana yang tidak, kita senyumlah. Kita jaga telinga dengan fikiran terbuka, insyaAllah tiada sengketa.
Jaga Mulut. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Begitulah juga di antara menantu dan mentua. Ingatlah, dia tu mentua kita, bukan kawan kita. Jaga mulut dengan hormati mentua macam ibu kita sendiri.
Jaga Mata: Mata siapa? Mentua. Ialah, kita mesti nak tahu, apa yang mentua suka lihat, dan apa yang dia meluat. Buatlah apa yang dia senangi, elakkan apa yang dia benci. Jaga matanya dengan perbuatan yang sejuk di pandangan hati.
Jaga Hati: Hati mau baik be. Buat apapun mestilah A-klas, bukan B-klas, bukan C-klas. Hubungan dengan mentua mestilah Ikhlas. Pasti Allah balas dengan kelas.
Pakai Akal: Akhir sekali, mat-mat kampau dulu selalu kata, “Pakai Akal.” Apapun yang berlaku, pakai akal, kalau tidak kita hilang akal.
Tanyakan, “Apa untungnya aku tension dengan mentua?”
Untung tiada, rugi berganda, syaiton ketawa bila rumahtangga bergelora, suami-isteri yang menderita.
Dari itu, Pakailah 4 Jaga!
InsyaAllah, harmoni dengan mentua, kurangi tension anda berdua!