Pernah, di akhir modul kedua kursus persiapan berumahtangga, ada pasangan yang terfikir untuk tidak meneruskan hasrat untuk berkahwin. “Wohhh, apa hal ni?” Rupa-rupanya pihak bakal isteri merasakan yang bakal suami belum bersedia. Ada seorang lagi yang kata, “Saya rasa kita tak secocok. Kita tak akan bahgia.” Ada pula si pihak bakal suami yang naik seram nak kahwin. Kenapa? Kerana belum cukup duit! Lah, kalau tak ada duit, apa halnya nak kahwin pulak…?
Ok, bagi semua yang sedang angan-angan nak kahwin, terutama abang-abang kita yang sedang membaca blog ni, kalau nak tahu dah sedia nak kahwin atau belum, amalkan petua tiga perkara ini – Garok, Tepok dan Selok!
Apa dia?
Ulang lagi?
Betul…saya kata Garok, Tepok dan Selok!
Apa hal ni? Ha begini semua…
Petua 1: Garok. Garok apa? Garok kepala la, tengok cermin, tanya diri sendiri, “Adakah aku sudah cukup matang untuk pikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri? Atau, aku masih nak main-main, nak enjoy-enjoy lagi?” Kalau ia, nampak-nampak, confirm, belum bersedia lah tu.
Petua 2: Tepok. Ya, Tepok Dada la, dan tanya hati, “Sudah aku bersedia untuk memberikah sepenuh tumpuan, kasih sayang kepada pasangan aku? Sudahkah aku bersedia untuk menyerahkan hati ini kepadanya sahaja?” Kalau hati belum siap, jangan cari pasal.
Petua 3: Selok. Selok apa? Tentulah Selok Kocek. Eh eh, bukan selok kocek orang. Seloklah kocek sendiri. Selok kocek dalam-dalam, periksa ada duit tak, “Cukup tak duit aku untuk kasi makan 2, 3, 4, 5, 6…orang?” Kalau tak cukup, beb, jangan lah mimpi nak kawin!
Tapi amalkan terus Garok, Tepok dan Selok!