Kes-Kes Hampir Cerai: Peranan Suami
Kes #1: Suami secara proaktif berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan, walaupun pedih di hatinya tidak tertanggung. Secara aktif beliau berkomunikasi dengan isteri dan mencari jalan keluar bagi permasalahan yang mereka hadapi. Walaupun terasa payah, beliau gagahkan juga semangat untuk memperbaiki hubungan dengan isterinya, demi anak-anaknya. Perkahwinan ini akhirnya berjaya diselamatkan.
Kes #2: Suami enggan berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan isterinya. Suami dah give-up dengan perangai isteri yang beliau anggap sebagai kurang ajar kerana si isteri dikatakan oleh suaminya sebagai selalu merendah-rendahkan kedudukannya. Perkahwinan ini susah diselamatkan.
Kes #3: Suami proaktif mengajak isteri tangani isu-isu yang melanda rumahtangga mereka. Di antara isu berat adalah masalah orang ketiga. Isteri mengatakan kepada suami yg hatinya semakin jauh. Ia memerlukan masa selama beberapa bulan untuk memikirkan hubungan mereka. Suami sudah mencuba sedaya upaya namun itulah pendirian isteri. Suami mahu terus menambat hati isteri demi anak-anak.
Perkahwinan ini sedang dalam keadaan yang tidak menentu: 50-50
Kes #4: Suami tidak sedar yang rumahtangganya ada masalah. Beliau ingatkan semuanya okay. Namun, isteri meluahkan perasaan yg ada benda yg tak kena dalam perkahwinan mereka. Isteri mahukan suami lebih terlibat dalam hal ehwal mengurus rumahtangga dan menjaga anak-anak kerana isterinya juga seorang karyawan. Suami sahut permintaan isteri. Sekarang suami-isteri ini masih terus berkomunikasi secara terbuka untuk memperbaiki keadaan dan meningkatkan lagi mutu hubungan di antara mereka berdua.
Perkahwinan ini ada harapan cerah untuk bertahan dan berkembang selanjutnya.
(Nota: Ini bukan dari kes fail kounseling yg kami tangani. Ini dari kerja-kerja lain yg kami lakukan.)